Sunday, December 5, 2010

Produk Lylezs Beauty Care



Syarikat Lylez’s Beauty Care telah ditubuhkan pada tahun 2004 sebagai syarikat yang aktif  mengeluarkan produk kesihatan dan penjagaan kulit. Ia bermula dengan tercetusnya idea untuk mengeluarkan produk yang berasaskan herba terpilih yang dapat memberi khasiat dan kebaikan serta mengekalkan kecantikan kepada pengguna. Syarikat ini telah mengeluarkan lebih 20 jenis produk yang berasaskan herba yang terpilih seperti aloe vera, limau nipis,beras kunyit dan sebagainya. Ternyata herba semulajadi terbukti berkesan mengekalkan kebaikan dan memberi manfaat kepada manusia.

Lylez’s Beauty Care
diasaskan oleh Pn. Laili Mustaffa yang asalnya hanya mengeluarkan produk Krim kecantikan,  krim Herbal Vitamin A,C,E dan sabun Aloe Vera serta Uv Foundation di mana keseluruhan produk ini berasaskan asam jawa (Tamarindus Indica), kunyit (Curcuma longa) dan aloe vera. Dengan kepercayaan dan kesungguhan beliau untuk mengeluarkan produk yang berasaskan herba, beliau telah memperbanyakkan rangkaian  produk serta komersilkan secara besar-besaran melalui iklan.

Selain itu, untuk meningkatkan lagi kualiti, beliau telah banyak mengikuti kursus yang dianjurkan oleh SIRIM selama 3 tahun. Sekarang Lylez’s Beauty Care telah mengeluarkan  lebih 20 jenis produk mengikut standard dan piawaian antarabangsa yang mempunyai kualiti yang unggul.

Selama 5 tahun berada di pasaran produk Lylez’s Beauty Care telah di beri pengiktirafan sebagai produk yang berkualiti tinggi kerana dapat menyelesaikan masalah pengguna seperti masalah kulit wajah. Disebabkan terdapat banyak jenama produk kesihatan dan kecantikan telah ada di pasaran,pengguna ghairah untuk mencuba produk tanpa memikirkan kesan yang tidak baik untuk kulit dan kesihatan. Jadi lylez’s Beauty Care bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah pengguna untuk memastikan anda berada dalam keadaan yang sihat dan harmoni. Pemahaman dan pengetahuan rangkaian produk Lylez’s Beauty Care telah banyak diuar-uarkan melalui TV3, RTM, radio THR ,Majalah Mingguan Wanita, Harmoni, akhbar Kosmo,dan Sinar Harian.

Jadi, Lylez’s Beauty Care bukan nama yang asing lagi bagi pengguna dan kerana keberkesanan Lylez’s Beauty Care telah diiktiraf oleh pengguna dan badan-badan yang berkaitan.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment